Posts

Taburan Megalitik di Malaysia

Taburan Tapak Megalith di Malaysia Kebudayaan Megalitik merupakan satu budaya yang bersifat sejagat dan universal. Ia ditemui dalam kalangan pelbagai bangsa di seluruh dunia. Kebudayaan Megalitik wujud dalam bangsa Caucasoid   di Eropah dan Mongoloid di Timur manakala bangsa Semitik di Asia Barat. Di Alam Melayu juga tidak kurang hebatnya. Di Malaysia sendiri, kebudayaan Megalitik dijumpai di Semenanjung Malaysia seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Perak. Kebudayaan ini turut dijumpai di wilayah Sabah dan Sarawak. Ini termasuklah kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Kota Belud, Tuaran, Penampang dan Papar, kawasan pedalaman seperti di Tambunan, Keningau, Sapulut, Tenom dan Long Pasia. Kebudayaan Megalitik di Sarawak pula ditemui di   bahagian utara dan selatan Sarawak seperti di Long Semadoh dan Santubong. Jenis megalitik di Malaysia Timur bersifat lebih pelbagai jika dibandingkan dengan megalitik yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Bil. ...

Bahagian Satu dan Dua : Megalitik di Malaysia

Image
Pengenalan  Zaman prasejarah atau zaman purba adalah satu zaman sebelum wujudnya sejarah yang bertulis, sehingga tiada peninggalan bertulis mengenai kehidupan manusia pada zaman itu. Zaman prasejarah mempunyai rentang waktu yang jauh lebih panjang dalam perjalanan sejarah serta perkembangan atau evolusi manusia jika dibandingkan dengan zaman sejarah. Manusia mencipta segala yang diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup menggunakan akal yang dikurniakan, baik bersifat fizikal ataupun spiritual dan yang demikian ini dalam batasan tertentu ditermakan sebagai kebudayaan.  Terdapat satu kebudayaan yang berasaskan batu besar di Asia Tenggara dipercayai wujud pada zaman Neolitik yang dikenali sebagai kebudayaan Megalitik. Kebudayaan ini dikatakan telah bermula pada zaman Neolitik lagi namun hanya berkembang dengan majunya pada zaman Logam. Umumnya, kebudayaan Megalith diambil daripada perkataan Yunani yang membawa maksud ‘besar’ dan ‘lith’ yang bermaksud ‘Batu’. Gabun...

Kota Tampan

Kota Tampan ialah tapak arkeologi terbuka yang mendedahkan bukti kebudayaan Paleolitik pertama negara.  Kajiian terawal terhadap Kota Tampan dimulakan oleh H.D Collings dari Muzium Raffles, Singapura dalam tahun 1938 (Collings 1938). Collings telah menjalankan ekskavasi di beberapa buah petak percubaan di Kota Tampan Estate (kemudian dikenali sebagai Kota Lima Estate). Kajian kedua di Kota Tampan dilakukan oleh Ann Sieveking pada tahun 1958. Kajian seterusnya dijalankan oleh Zurauna Majid pada tahun 1987-1989 dan menemukan bengkel membuat alat batu Paleolitik.  Alat-alat batu yang ditemui: Batu Teras  Batu Pelandas Alat repehan  Batu pemukul Kapak genggam Alat-alat ini diperbuat daripada kuarzit. 

Kebudayaan Megalitik di Malaysia

Ini adalah persoalan yang akan dijawab dalam penulisan artikel mengenai kebudayaan Megalitik di Malaysia. Pengenalan Apa itu megalitik dan akan membincangkan mengenai definisi megalitik menurut pandangan sarjana. Persoalan seterusnya yang akan dikupas dari manakah budaya ini bermula? Jenis-Jenis Megalitik Setiap jenis batuan dan fungsinya akan dikupas pada bahagian ini. Lokasi Megalitik di Malaysia Pada bahagian ini penulis menyenaraikan tapak-tapak dimana berlakunya budaya megalitik di Malaysia. Budaya Megalitik Selain itu, penulis akan membincangkan asbab perspektif masyarakat terhadap budaya megalitik di Malaysia. Kesimpulan Pada akhir artikel ini, kepentingan yang boleh didapati dari tinggalan kebudayaan megalitik untuk masyarakat Malaysia hari ini akan dikupas.