Taburan Megalitik di Malaysia
Taburan Tapak
Megalith di Malaysia
Kebudayaan
Megalitik merupakan satu budaya yang bersifat sejagat dan universal. Ia ditemui
dalam kalangan pelbagai bangsa di seluruh dunia. Kebudayaan Megalitik wujud
dalam bangsa Caucasoid di Eropah dan
Mongoloid di Timur manakala bangsa Semitik di Asia Barat. Di Alam Melayu juga
tidak kurang hebatnya. Di Malaysia sendiri, kebudayaan Megalitik dijumpai di
Semenanjung Malaysia seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Perak.
Kebudayaan ini turut dijumpai di wilayah Sabah dan Sarawak. Ini termasuklah
kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Kota Belud, Tuaran, Penampang dan Papar,
kawasan pedalaman seperti di Tambunan, Keningau, Sapulut, Tenom dan Long Pasia.
Kebudayaan Megalitik di Sarawak pula ditemui di
bahagian utara dan selatan Sarawak seperti di Long Semadoh dan
Santubong. Jenis megalitik di Malaysia Timur bersifat lebih pelbagai jika
dibandingkan dengan megalitik yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Bil.
|
Negeri
|
Lokasi
|
Catatan
|
1.
|
Perak
|
1.
Lembah Bernam
2.
Changkat Mentri
3.
Sungai Kruit
4.
Sungai Belata
|
1895-Penemuan kubur kepingan batu di
Changkat Menteri oleh J.A Legge.
1919- Ekskavasi oleh H.C Robinson dan
R.O Winstedt terhada tapak yang ditemui oleh J.A. Legge.
1927-1930- ekskavasi di Sungkai dan
Slim River oleh I.H. Evans.
1936- Ekskavasi di Slim River oleh H.D
Collings.
1992-1997 – Survei dan ekskavasi oleh
Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Jabatan Muzium Selangor dan Bahagian
Arkeologi , Jabatan Muzium dan Antikuiti.
2000-2001 – Survei arkeologi oleh
Jabatan Muzium Selangor, Jabatan Muzium dan Antikuiti dan Jabatan Sejarah
Universiti Malaya
2001-2003 Survei arekologi oleh
Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti
2004-2006, Survei Arkeologi oleh
Jabatan Sejarah UPSI dan Jabatan Muzium Malaysia.
|
2.
|
Melaka
|
1.
Tapak Megalith (Jalan Melaka-Kendong KM32)
2.
Tapak Megalith (Jalan Melaka-Kendong KM33)
3.
Tapak Megalith Dato’ Tua (Jalan Melaka-Kendong
KM34)
4.
Tapak Megalith (Jalan Melaka-Kendong KM34) Taboh
Naning
|
Beberapa tapak kajian oleh Zuraina
Majid (1993):
a)
Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka- sebanyak 64
batuan megalitik ditemui di tapak Kg. Gelanggang
b)
Tapak di Selamak, rembau ditemui di Kg. Bintongan
c)
Estet Tebelong di Keru
|
3.
|
Negeri Sembilan
|
1.
Pengkalan Kempas
2.
Terachi
|
1921- Tapak Pengkalan Kempas
diusahakan oleh Evans
1926- Sheppard memetakan 30 tapak
megalitik sekitar Kuala Pilah dan Alor Gajah.
Winstedt (1934), Jong (1980), Peletez
(1988), Abdul Samad Idris (1990), diikuti pula kajian oleh Kamarul (1992) dan
Zuraina (1993) yang mengkaji megalik di Negeri Sembilan dan Melaka.
|
4.
|
Sabah
|
1.
Papar
2.
Penampang
3.
Tuaran
4.
Kota Belud
|
Kajian dijalankan oleh Harrison pada 1950-an,
1960-an dan 1970.
|
5.
|
Sarawak
|
1.
Kelabit Highlands (kawasan petempatan masyarakat
Kelabit)
|
Pengkaji terlibat ialah Harrison pada 1954
dan 1958-1959) dan Lucas pada tahun 1987.
|
Jadual 1: Lokasi Penemuan Batu
Megalith di Malaysia
Menerusi
jadual di atas kita dapat simpulkan tradisi kebudayaan megalith di negara kita
terbatas kepada beberapa buah negeri sahaja dan tidak sebanyak di Indonesia
berdasarkan laporan dan hasil kajian beberapa penyelidik. Jadual di atas
menunjukkan butiran lokasi penemuan dan para penyelidik yang melaksanakan
kajian megalith di Malaysia.
Comments
Post a Comment