Bahagian Satu dan Dua : Megalitik di Malaysia
Pengenalan
Zaman prasejarah atau zaman purba adalah satu zaman sebelum wujudnya sejarah yang bertulis, sehingga tiada peninggalan bertulis mengenai kehidupan manusia pada zaman itu. Zaman prasejarah mempunyai rentang waktu yang jauh lebih panjang dalam perjalanan sejarah serta perkembangan atau evolusi manusia jika dibandingkan dengan zaman sejarah. Manusia mencipta segala yang diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup menggunakan akal yang dikurniakan, baik bersifat fizikal ataupun spiritual dan yang demikian ini dalam batasan tertentu ditermakan sebagai kebudayaan.
Terdapat satu kebudayaan yang berasaskan batu besar di Asia Tenggara dipercayai wujud pada zaman Neolitik yang dikenali sebagai kebudayaan Megalitik. Kebudayaan ini dikatakan telah bermula pada zaman Neolitik lagi namun hanya berkembang dengan majunya pada zaman Logam. Umumnya, kebudayaan Megalith diambil daripada perkataan Yunani yang membawa maksud ‘besar’ dan ‘lith’ yang bermaksud ‘Batu’. Gabungan dua perkataan tersebut yang berbunyi ‘Megalith’ merujuk kepada penggunaan batu-batu besar dalam kehidupan seharian masyarakat pada zaman Logam dan zaman selepasnya. Kebudayaan ini telah diamalkan dengan meluas di Asia Tenggara dan dipercayai menjadi tradisi tempatan yang asli bukannya dipengaruhi dunia luar. Penyebaran Megalitik bertaburan ke seluruh dunia dan situasi ini menunjukkan bahawa kebudayaan ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan komuniti pada masa lampau. Pelbagai pandangan sarjana tentang kebudayaan Megalitik boleh diambil kira dan diteliti.
Beberapa pandangan ringkas mengenai definisi dan penafsiran oleh beberapa ahli arkeologi boleh digunakan sebagai teori dalam memahami apakah megalitik yang sebenarnya. Menurut Glyn Daniel (1962), megalitik ditafsirkan sebagai tapak pengebumian bagi agama tertentu dan personafikasi nenek moyang yang telah meninggal, ia juga dikaitkan dengan objek dan tradisi pemujaan roh nenek moyang mereka. Pendapat ini bersamaan dengan hujah Haris Sukender (1980) ; terdapat dua fungsi megalitik iaitu berkaitan dengan upacara atau ritual tertentu dan juga penguburan. Penyataan Glyn Daniel disangkal oleh Andrew Fleming (1973) yang mengeluarkan penyataan dimana kewujudan megalith menunjukkan perkembangan pemikiran dan kemahiran manusia pada zaman itu.
Seterusnya, Collin Renfrew melihat fenomena megalitik adalah sesuatu ‘focal points’ dan ‘territorial markers’ yang digunakan oleh kesatuan dan sebagai usaha untuk mengekalkan tradisi itu manakala Robert Chapman (1981) mentafsirkan megalitik adalah sesuatu alat untuk menentukan keabsahan kewujudan peninggalan nenek moyang. Megalitik juga digunakan sebagai ideologi yang telah dibina sesuatu komuniti yang berkuasa pada zaman tersebut secara tidak langsung membuktikan sudah wujud sistem kelas dan hierarki pada ketika itu. Situasi ini juga menunjukkan wujud ketidaksaksamaan dalam sistem masyarakat. Penyataan mengenai ideologi hierarki ini diutarakan oleh Michael Shanks dan Christopher Tilley (1982) dan penyataan seakan sama dikeluarkan oleh Richard Bradley (1993) yang memahami megalitik sebagai penanda ataupun lambang status dan prestij bagi manusia yang membina batu-batu tersebut.
Kajian budaya megalitik di Asia Tenggara selalu dikaitkan dengan penyembahan nenek moyang yang sudah tiada yang menjurus kepada objektif tertentu. Pengesahan kewujudan tradisi megalitik telah dijumpa sehingga ke kawasan Pasifik, secara tidak langsung menjelaskan penyebaran budaya ini tiada batasannya. Walaupun budaya ini diamalkan sebelum manusia mempunyai pegangan dan anutan apa-apa kepercayaan namun sehingga ke hari ini komuniti yang masih mengamalkan tradisi ini masih utuh sehingga kini dan boleh dilihat jelas contohnya di Indonesia. Menurut pandangan Soejano, budaya megalitik telah mengalami perkembangan selaras dengan peredaran zaman dan bersesuaian dengan corak ataupun budaya setempat. Contohnya, kebudayaan megalitik ini tersebar di Kepulauan Indonesia seperti Bali, Flores Sumbawa dan Nias yang masih dikekalkan sehingga hari ini dan situasi ini membuktikan budaya megalitik bersosialisasi dan berasimilasi sesuai dengan budaya lokal. Masyarakatnya kekal mengamalkan budaya tersebut sebagai syarat melengkapkan kepercayaan dan pegangan mereka. Situasi ini boleh disokong dengan penyataan I Made Sutaba (1992); kebudayaan megalitik ini masih diteruskan walaupun wujud elemen pengubahsuaian. Dalam bahasa ringkas, fungsi kebudayaan asal Megalitik masih dikekalkan tetapi berubah mengikut kehendak dan keperluan masyarakat.
Pandangan lain mengenai budaya megalitik ialah pandangan Robert 1973 menyatakan bahawa komuniti atau masyarakat yang membina kebudayaan Megalitik ini tergolong dari masyarakat petani yang berpindah dari Timur Tengah sebelum tahun 6000 SM. Pandangan lebih awal diutarakan oleh Heine Guldern pada tahun 1945, beliau menyatakan konteks kewujudan dan perkembangan kebudayaan ini di Asia Tenggara ialah pada akhir zaman Neolitik dan pentarikhannya dianggarkan antara 2500 sehingga 1500 SM. Tahap kemunculan Megalith di Asia Tenggara boleh dibahagikan dalam dua fasa iaitu; bermula pada zaman Neolitik dan yang kedua berlaku pada zaman Logam. Kewujudan dan perkembangan kebudayaan Megalitik dalam konteks Malaysia pula ramai sarjana mengeluarkan pendapat ia bermula pada zaman Logam.
• Adnan Jusoh, Yunus Sauman@Sabin, Ruzairy Arbi & Zuliskandar Ramli, Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya dan Etnoarkeologi, Jurnal Arkeologi Malaysia, April 2018, Vol. 31, No. 1, hlm. 1-18, ISSN 0128-0732 e-ISSN 2590-4302
• Jalil Osman dan Othman Yatim, (1989) Sejarah kebudayaan megalitik (batu hidup) di Malaysia: satu pengenalan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 2 . ISSN 0128-0732
• Karlsson, H. (2002). Cornelius J. Holtorf, Monumental Past. Life-histories of Megalithic Monuments in Mecklenburg-Vorpommern (Germany). (Electronic Monograph. University of Toronto: Center for Instructional Technology Development, 2001,ISBN 0 7727 6305 4) http://citdpress.utsc.utoronto.ca/holtorf/index.html. European Journal of Archaeology, 5(2), 260-262. doi:10.1179/eja.2002.5.2.260
Bahagian II
Taburan Megalitik di Asia Tenggara
Jadual-jadual berikut merupakan taburan dan lokasi kebudayaan megalitik di Asia Tenggara selain Malaysia iaitu yang ditemui di negara Thailand, Myanmar, Vietnam, Laos, dan Indonesia.
Megalitik di Thailand
Megalitik di Vietnam
Megalitik di Indonesia
Jawa Timur
Palembang, Sumatera Selatan
Megalitik di Laos
Plain of Jars, Xienkhuoang, Laos
Peta 1: Lokasi Plain of Jar di kawasan Xienkhouang
Penyelidikan yang terawal dilakukan oleh Madelaine Colani pada tahun 1935 yang menjumpai 21 buah tempayan besar dan lima tapak yang menjumpai ‘funerary stones’ serta beberapa tapak yang menjumpai batu jenis menhir di wilayah Hua Phan. Colani menamakan tapak-tapak yang dijumpai berdasarkan nama-nama kampung yang terdekat dengan tapak tersebut.
Menerusi jadual-jadual diatas dapat disimpulkan, jenis-jenis batu megalitik yang dijumpai di kawasan Asia Tenggara kebanyakannya jenis menhir, dolmen, keranda batu, arca batu, kubur kepingan batu, altar batu, tiang batu, kalimba, alignment, lumping batu dan lain-lain.
Pada bahagian seterusnya, akan dikupas mengenai jenis-jenis megalitik dan fungsinya dengan lebih mendalam.
Comments
Post a Comment